Monday, 10 December 2012

Unsur Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Secara umumnya unsur sastera mengandungi sesuatu yang halus dan indah.Maka unsur-unsur yang terdapat dalam karyasastera sangat bermakna dijelmakan dalam p&p seni bahasa.Disamping itu, kepelbagaian teknik p&p sastera boleh digunakan untuk menarik minat murid.

Contoh Aktiviti P&P Berfokuskan Watak dan Perwatakan

Standart Pembelajaran:
4.3.1  Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan   secara didik hibur.
Unsur sastera  : watak dan perwatakan teknik dialog digabungkan dengan teknik monodrama.

Teknik dialog ialah pemilihan dialog daripada bahan yang dikaji dan murid diminta menulis dan melafazkan dialog pilihan mereka dengan gaya dan intonasi yang sesuai.

Teknik Monodrama ialah teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon(murid).Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih. Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam suatu karya. Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain.

Aktiviti P&P:

1. Guru memberikan teks dialog kepada murid untuk mereka melakukan bacaan senyap.
2. Murid mendengar rakaman contoh dialog yang diujarkan.
3. Murid diminta berlatih dalam kumpulan membaca dialog mengikut watak yang terdapat dalam dialog     
    tersebut.
4. Setiap kumpulan melakonkan watak dalam teks dialog. Guru menyediakan prop dan merakamkan 
    lakonan tersebut bagi menarik minat murid.
5. Murid menonton rakaman lakonan mereka.
6. Murid diminta memberikan respons terhadap lakonan tersebut berdasarkan sebutan dan intonasi dan
    menyatakan sifat atau ciri watak tersebut.
7. Guru membuat pengukuhan pada aspek sebutan dan intonasi serta merumuskan nilai atau pengajaran yang
     terdapat dalam dialog yang dilakonkan.

Cadangan pembelajaran kemahiran bahasa atau tatabahasa yang boleh digabungjalinkan atau diserapkan dalam aktiviti tersebut ialah:

Kemahiran bahasa: bacaan mekanis
Aspek tatabahasa : jenis-jenis ayat yang terdapat dalam dialog.

Saturday, 8 December 2012

Akhbar dalam Pengajaran Tatabahasa.

  Penggunaan media sebagai alat pengajaran telah lama diamalkan oleh guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Banyak dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan bahan media ini memberikan kesan yang memberangsangkan. namun demikian,dalam kegairahan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran,guru perlu meneliti dan menyemak bahan pengajaran agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada murid.Selain itu, pemilihan bahan dalam akhbar hendaklah mengikut aras pencapaian murid agar objektif pengajaran mencapai matlamatnya.

Startegi Penggunaan Akhbar
Md Ghazali sewaktu pembentangan kertas kerja dalam Konvensyen Pendidikan Bahasa Melayu telah menggariskan kaedah penggunaan akhbar di bilik darjah:

Persediaan guru
Sebelum memulakan pengajaran,guru perlu memikirkan nilai yang ada pada bahan itu dan tujuan penggunaannya.Pertimbangan juga harus diberikan kepada kehendak,keperluan dan  minat murid.Guru harus memilih bahan pengajaran yang baik dan kesesuaiannya mengikut  tahap murid.

 Persediaan bilik darjah
Keadaan kelas yang bersih dan kondusif mendorong proses pengajaran dan pembelajaranberjalan lancar. Penggunaan makmal bahasa,pusat sumber,bilik tayang akan memberikan suasana yang berbeza kepada murid.Peralatan seperti paparan hablur cecair(LCD) dengan  animasi yang menarik mampu meningkatkan tumpuan murid di dalam kelas.

Persediaan murid
Guru perlu memberikan arahan tugasan yang jelas kepada murid sebelum digunakan. Hal ini termasuklah penerangan tentang objektif dan tujuan penggunaan bahan tersebut. Jika terdapat perkataan baharu dalam kandungan bahan tersebut,guru perlulah menjelaskan maksud istilah tersebut.Guru juga sewajarnya memberitahu murid tentang aktiviti susulan dan latihan yang akan dijalankan selepas proses penggunaan bahan tersebut jika ada.

Pengendalian bahan
Bahan yang digunakan dalam pengajaran sesuai,menarik dan berkesan. Cara pengajara dan gaya penerangan guru terhadap bahan tersebut penting bagi menambahkan minat murid  terhadap pengajaran tatabahasa.

Penilaian
Kesemua perancangan yang dicadangkan tersebut hendaklah dibuat penilaian.Untuk mencapai tujuan ini,guru perlu menjalankan ujian kepada muridnya atau menyediakan borang  penilaian atau menyoal murid secara rawak bagi menilai keseluruhan perancangannya. Dengan adanya penilaian,guru akan dapat mengesan kelemahan sama ada dari segi pengajaran atau pemilihan bahan tersebut,selain berusaha untuk mengatasi kelemahan  tersebut.


  (sumber: Majalah Pelita Bahasa)

Friday, 7 December 2012

Penggunaan Komik dalam P&P

   
Kepelbagaian pendekatan menggunakan komik di negara maju berjaya melahirkan cendiakawan dalam pelbagai bidang.Hal ini disebabkan murid dididik menggunakan pelbagai medium interaktif seperti komik yang terbukti membawa kesan besar dalam proses pendidikan.
      Seiring dengan perkembangan teknologi pendidikan,strategi pembelajaran Bahasa Melayu disaran agar menjadi lebih fleksibel dan terbuka.Secara khusus,terdapat beberapa kelebihan menggunakan komik dalam p&p bahasa seperti:

        1. Sesuai digunakan untuk p&p keempat-empat aspek kemahiran berbahasa kerana ilustrasi
            atau dialognya boleh diaplikasi kepada pelbagai bentuk aktiviti.
        2. Minda murid-murid lebih mudah mengingati fakta melalui pengimejan dan visual yang ringkas
            dan lucu.
        3. Mengasah kreativiti murid dan menggalakkan kemahiran berfikir yang tinggi kerana pemaparan
            watak yang menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya.
        4. Meningkatkan rasa ingin tahu murid untuk memahami permasalahan yang diajukan dengan cara
            yang lebih santai dan fleksibel.
        5. Menggalakkan murid berkomunikasi dan mencetuskan idea dalam suasana yang lebih terbuka.
        6. Sebagai alat peneguhan sesuatu tajuk pengajaran kerana penggunaan suatu siri imej yang ber-
            ulang-ulang dan simbol yang mudah dikenali.



Kartun animasi Upin dan Ipin menjadi kegemaran semua murid

     
http://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.com
http://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.com
http://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.comhttp://www.freesparkle.com
http://www.freesparkle.com