Peribahasa
|
Maksud Peribahasa
|
Ada hati
|
Keinginan
|
Alah bisa tegal biasa
|
Segala kesusahan tidak akan
terasa lagi sesudah biasa
|
Alang-alang mandi biar basah
|
Jika
mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan
|
Ambil berat
|
Memberikan perhatian yang
istimewa terhadap sesuatu
|
Ambil langkah
|
Mula hendak bertindak
|
Anak buah
|
Orang yang termasuk dalam
sesuatu keluarga/pasukan/ terletak di bawah tenggungjawab seseorang
|
Anak emas
|
Anak abdi yang diambil jadi
anak angkat oleh suaminya; orang yang dikasihi dan diberikan layanan
istimewa.
|
Asam garam
|
Berbagai-bagai pengalaman
hidup (pahit, manis, suka duka)
|
Bagai anjing buruk kepala
|
Orang yang telah diketahui
kejahatannya ke mana pergi dihinakan orang juga
|
Bagai bulan dipagari bintang
|
Kecantikan makin terserlah
apabila dikelilingi orang yang cantik.
|
Bagai bulan empat belas
|
Peri keelokan muka perempuan
|
Bagai cincin dengan permata
|
Sama padan, cocok benar
|
Bagai layang-layang putus tali
|
Sudah putus harapan
|
Bagai minyak dengan air
|
Orang bermusuhan atau tidak
sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu
|
Bagai murai dicabut ekor
|
Perempuan yang suka bercakap
banyak
|
Bagai pucuk dilancarkan
|
Sangat
laju atau luncur perginya
|
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
|
Anak itu mengikut sikap dan
rupa ibu bapanya kerana faktor baka
|
Baik berjagiung-jagung sementara
menanti padi masak
|
Sementara
menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
|
Baik membawa resmi padi daripada
membawa resmi lalang
|
Semakin
berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)
|
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
|
Bersusah
payah dahulu kemudian baru bersenang-senang
|
Berkatakanlah besar walaupun pahit
|
Berterus-terang
demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang
|
Berpeluk tubuh
|
Berdakap tubuh; tidak membuat
apa-apa kerja
|
Berpeluk tubuh
|
Hanya memandang dari jauh
sahaja, tidak melalukakan apa-apa hanya melihat sahaja.
|
Bersatu teguh bercerai roboh
|
Kalau kita bersatu padu, kita
akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah.
|
Bersekutu bertambah mutu
|
Bekerjasama
antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan
|
Bertangguh itu pencuri masa
|
Melakukan
kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.
|
Besar hati
|
Bangga, gembira, bongkak,
sombong
|
Biar putih tulang jangan putih mata
|
Lebih
baik mati daripada menanbggung malu
|
Buah fikiran
|
Pendapat
|
Buah hati
|
Orang yang dikasihi
|
Buah mulut
|
Percakapan orang,
|
Buah tangan
|
Hasil pekerjaan; barang yang
dibawa daripada perjalanan; ole-ole
|
Bulat hati
|
Lurus hati, teguh hati
,sungguh-sungguh
|
Dalam tangan
|
dalam kekuasaan seseorang
|
Darah daging
|
Anak atau orang yang
mempunyai pertalian darah
|
Darah panas
|
Pemarah, lekas marah
|
Diam-diam ubu berisi, diam-diam besi
berkarat
|
Diam
orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia
sahaja
|
Hancur hati
|
Sedih; putus asa
|
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama
|
Orang yang berjasa itu akan
selalu disebut-sebut orang walau berapa lamapun dia telah mati.
|
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
|
Jika dikehendaki
bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya
|
Hidup ini satu perlumbaan
|
Dalam kehiduoan seharian,
kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai
sesuatu tujuan.
|
Hidup segan mati tak mahu
|
Orang yang hidup melarat
|
Indah khabar daripada rupa
|
Khabar mengenai satu-satu
perkara biasanya dilebih-lebihkan
|
Jauhari juga yang mengenal manikam
|
Hanya
orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokan ilmu
|
Kaki ayam
|
Tidak berkasut atau
berselipar
|
Kalau hendak melentur buluh biarlah
dari rebungnya
|
Mengajar
seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar tidak akan
berhasil lagi.
|
Kalau kail panjang sejengkal, jangan
lautan hendak diduga
|
Kalau
pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar
|
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya
|
Tidak
tercapai cita-cita jika tidak berusaha
|
Kancil juga lupakan jerat
|
Orang mudah melupakan bahaya
tetapi bahaya tetap mengancam
|
Kata dikota
|
Janji mesti ditunaikan
|
Kata-kata yang lebih tajam daripada
mata pedang
|
Perkataan
yang dituturkan lebih menyakitkan
|
Kebudayaan sendi perpaduan
|
Kebudayaan
menjadi sandaran dalam menyatukan sesuatu bangsa
|
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
|
Pengetahuan dan kelebihan itu
tidak khusus pada orang-orang tua sahaja
|
Makan angin
|
Bersiar-siar
untuk mendapatkan angin; melapangkan fikiran
|
Manis jangan terus ditelan, pahit
jangan terus dibuang
|
Yang
nampak baik itu jangan lekas diterima dan yang nampaknya buruk itu jangan
lekas ditolak.
|
Masa itu emas
|
Masa sangat berharga
|
Membaca jambatan ilmu
|
Ilmu pengetahuan dapat
ditingkatkan melalui pembacaan
|
Mencari akal
|
Berusaha
mendapatkan cara untuk mencapai tujuan
|
Muafakat membawa berkat
|
Sesuatu kerja yang dilakukan
dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik.
|
Nasi sudah menjadi bubur
|
Perbuatan yang sudah
terlanjut; tidak dapat diubah lagi.
|
Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat
|
Dengan kesihatan yang baik,
seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas.
|
Padang jarak padang terkukur
|
Padang atau tanah luas
yaditinggalkan
|
Putih mata
|
Berhiba hati menanggung rindu
(seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang)
|
Putus asa
|
Habis
harapan (tiada harapan lagi
|
Rezeki kalau secupak takkkan jadi
segantang
|
Sesuatu
sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
|
Ringan mulut
|
Peramah,
lancar dan fasih tutur katanya
|
Ringan tulang
|
Rajin bekerja, tangkas
|
Sayang akan tangan-tangankan, sayangkan isteri
tinggal-tinggalkan
|
Anak yang dimanjakan dan
isteri yang diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong
|
Sepakat membawa berkat
|
Sesuatu pekerjaan jika
dilakukan melalui pakatan atau mesyuarat akan membawa hasil yang baik
|
Seperti enai dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
|
Tidak muafakat dalam sesuatu
perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
|
Seperti lipas kudung
|
Selalu bergerak dengan cepat;
pantas atau cekap membuat kerja
|
Sudah terhantuk baru terngadah
|
Sesudah
terkena baru beringat-ingat
|
Tajam akal
|
Mudah
menangkap sesuatu atau mengerti, pintar , cerdik
|
Tali barut
|
Orang yang menjadi ampama
9penyampai rahsia orang lain), barua
|
Tangan terbuka
|
Suka menolong orang yang
dalam kesusahan, murah hati
|
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia
|
Walaupun bersifat
lemah-lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan untuk membangunkan
negara
|
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula
tempat bermain
|
Tempat
berlakunya sesuatu peristiwa pahit lagikan dikenang inikan pula tempat
berlakunya peristiwa manis.
|
Terang hati
|
Terang fikiran; mudah
mengerti
|
Tulang empat kerat
|
Anggota badan
|
Ukur baju di badan sendiri
|
Tiap-tiap
pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
|
Umpama telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya
|
Orang yang semuafakat itu
sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya
|
Peribahasa
Peribahasa dan maksudnya
Subscribe to:
Posts (Atom)

















http://www.freesparkle.com
Tahniah, blog yang menarik dan berinformasi.
ReplyDelete