Contoh Aktiviti P&P Berfokuskan Watak dan Perwatakan
Standart Pembelajaran:
4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.
Unsur sastera : watak dan perwatakan teknik dialog digabungkan dengan teknik monodrama.
Teknik dialog ialah pemilihan dialog daripada bahan yang dikaji dan murid diminta menulis dan melafazkan dialog pilihan mereka dengan gaya dan intonasi yang sesuai.
Teknik Monodrama ialah teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon(murid).Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih. Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam suatu karya. Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain.
Aktiviti P&P:
1. Guru memberikan teks dialog kepada murid untuk mereka melakukan bacaan senyap.
2. Murid mendengar rakaman contoh dialog yang diujarkan.
3. Murid diminta berlatih dalam kumpulan membaca dialog mengikut watak yang terdapat dalam dialog
tersebut.
4. Setiap kumpulan melakonkan watak dalam teks dialog. Guru menyediakan prop dan merakamkan
lakonan tersebut bagi menarik minat murid.
5. Murid menonton rakaman lakonan mereka.
6. Murid diminta memberikan respons terhadap lakonan tersebut berdasarkan sebutan dan intonasi dan
menyatakan sifat atau ciri watak tersebut.
7. Guru membuat pengukuhan pada aspek sebutan dan intonasi serta merumuskan nilai atau pengajaran yang
terdapat dalam dialog yang dilakonkan.
Cadangan pembelajaran kemahiran bahasa atau tatabahasa yang boleh digabungjalinkan atau diserapkan dalam aktiviti tersebut ialah:
Kemahiran bahasa: bacaan mekanis
Aspek tatabahasa : jenis-jenis ayat yang terdapat dalam dialog.
No comments:
Post a Comment