Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
Dalam penggunaan bahasa,kita membilang sesuatu dengan menggunakan nombor atau angka.Ketika membilang,kita akan menggunakan kata bilangan.Kata bilangan ialah kata yang memberikan keterangan tentang jumlah bagi kata nama atau frasa nama.Namun begitu terdapat beberapa kesalahan yang sering diulangi murid-murid kerana mereka masih belum memahami penggunaan kata bilangan yang betul. Antara kesalahan yang bertanda *sering mereka ulangi ialah:
1)Kesalahan penggunaan kata bilangan tentu.
Contoh kesalahan;
a)* Harga tepung gandum dan gula itu enam setengah ringgit.Ayat yang sepatutnya ialah,
b) Harga tepung gandum dan gula itu enam ringgit setengah.
a)* Peperiksaan itu berlangsung selama tiga suku jam.Ayat yang betul ialah,
b) Peperiksaan itu selama tiga jam suku.
Kesalahan Ejaan dan Tanda Baca
Kesalahan Ejaan dan Tanda Baca
1)Kesalahan penggunaan huruf besar dan
huruf kecil
Contoh kesalahan:
a) *Rakyat menyambut baik atas
pertabalan baginda sebagai sultan negeri
itu.sepatutnya,
b) Rakyat menyambut baik atas pertabalan
baginda sebagai Sultan negeri itu
Huruf pertama pada nama gelaran kehormatan
yang tidak diikuti nama orang,khusus bagi perkataan seperti Sultan,Raja,Tan Sri
dan Datuk hendaklah menggunakan huruf besar.
Contoh kesalahan:
a) *Kaum kedua terbesar di negara kita
ialah kaum cina.Sepatutnya,
b)
Kaum kedua terbesar di negara kita ialah kaum Cina
Huruf besar digunakan sebagai huruf
pertama nama bangsa,suku bangsa dan bahasa.namun demikian,huruf besar tidak digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa,suku dan bahasa yang tidak
digunakan sebagai nama.
Contoh kesalahan:
a)* Pada tahun ini, kita akan menyambut hari kebangsaan di Stadium Bukit
Jalil.Sepatutnya,
b)
Pada tahun ini, kita akan menyambut Hari
Kebangsaan di Stadium Bukit Jalil.
Huruf besar sepatutnya digunakan sebagai
huruf pertama nama tahun,bulan,hari,hari raya dan peristiwa sejarah.
2) Kesalahan ejaan yang dieja secara
jarak atau rapat.
Contoh kesalahan:
a)* Kerajaan akan mengadakan kempen anti dadah di media cetak dan di media
elektronik. Sepatutnya,ayat itu,
b)
Kerajaan akan mengadakan kempen antidadah
di media cetak dan di media elektronik.
Perkataan antidadah hendaklah dieja rapat kerana perkataan anti merupakan imbuhan awalan
asing.Jika perkataan anti diikuti oleh kata nama khas seperti Amerika atau
barat,tanda sempang perlu digunakan dan ejaan huruf pertama perkataan yang
mengikutinya dieja dengan huruf besar seperti anti-Amerika dan anti-Barat.
Contoh kesalahan yang lain:
a)* Kita hendahlah menyebarluaskan
bahasa Melayu hingga ke peringkat antara
bangsa. Sepatutnya ayat yang betul ialah,
b)
Kita hendahlah menyebarluaskan bahasa Melayu hingga ke peringkat antarabangsa.
Perkataan antarabangsa ialah satu daripada 15 perkataan majmuk yang dieja
secara rapat atau bercantum.
3) Kesalahan penggunaan tanda sempang(-)
Contoh kesalahan:
a) * Mereka sedang mengumpulkan sampah-sarap yang bertaburan di halaman
rumah. Ayat yang betul ialah,
b)
Mereka sedang mengumpulkan sampah
sarap yang bertaburan di halaman rumah.
Perkataan sampah sarap bukan kata ganda.Oleh itu,tanda sempang tidak
diperlukan.
Contoh kesalahan yang lain:
a) * Saya akan menge-melkan
bahan tersebut kepada beliau pada malam ini.Ayat yang betul ialah,
b)
Saya akan meng-e-melkan bahan
tersebut kepada beliau pada malam ini
Tanda sempang digunakan untuk
merangkaikan unsure bahasa Melayu dengan unsure bahasa asing.
4) Kesalahan penggunaan tanda seru
Contoh kesalahan:
a)* Alangkah seramnya peristiwa itu.
Ayat yang betul ialah,
b)
Alangkah seramnya peristiwa itu!
Tanda seru digunakan sesudah ungkapan
atau penyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan
kebenaran,ketidakpercayaan,atau rasa emosi yang kuat.
No comments:
Post a Comment