Penggunaan media sebagai alat pengajaran telah lama diamalkan oleh guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Banyak dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan bahan media ini memberikan kesan yang memberangsangkan. namun demikian,dalam kegairahan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran,guru perlu meneliti dan menyemak bahan pengajaran agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada murid.Selain itu, pemilihan bahan dalam akhbar hendaklah mengikut aras pencapaian murid agar objektif pengajaran mencapai matlamatnya.
Startegi Penggunaan Akhbar
Md Ghazali sewaktu pembentangan kertas kerja dalam Konvensyen Pendidikan Bahasa Melayu telah menggariskan kaedah penggunaan akhbar di bilik darjah:
Persediaan guru
Sebelum memulakan pengajaran,guru perlu memikirkan nilai yang ada pada bahan itu dan tujuan penggunaannya.Pertimbangan juga harus diberikan kepada kehendak,keperluan dan minat murid.Guru harus memilih bahan pengajaran yang baik dan kesesuaiannya mengikut tahap murid.
Persediaan bilik darjah
Persediaan guru
Sebelum memulakan pengajaran,guru perlu memikirkan nilai yang ada pada bahan itu dan tujuan penggunaannya.Pertimbangan juga harus diberikan kepada kehendak,keperluan dan minat murid.Guru harus memilih bahan pengajaran yang baik dan kesesuaiannya mengikut tahap murid.
Persediaan bilik darjah
Keadaan kelas yang bersih dan kondusif mendorong proses pengajaran dan pembelajaranberjalan lancar. Penggunaan makmal bahasa,pusat sumber,bilik tayang akan memberikan suasana yang berbeza kepada murid.Peralatan seperti paparan hablur cecair(LCD) dengan animasi yang menarik mampu meningkatkan tumpuan murid di dalam kelas.
Persediaan murid
Guru perlu memberikan arahan tugasan yang jelas kepada murid sebelum digunakan. Hal ini termasuklah penerangan tentang objektif dan tujuan penggunaan bahan tersebut. Jika terdapat perkataan baharu dalam kandungan bahan tersebut,guru perlulah menjelaskan maksud istilah tersebut.Guru juga sewajarnya memberitahu murid tentang aktiviti susulan dan latihan yang akan dijalankan selepas proses penggunaan bahan tersebut jika ada.
Pengendalian bahan
Bahan yang digunakan dalam pengajaran sesuai,menarik dan berkesan. Cara pengajara dan gaya penerangan guru terhadap bahan tersebut penting bagi menambahkan minat murid terhadap pengajaran tatabahasa.
Penilaian
Kesemua perancangan yang dicadangkan tersebut hendaklah dibuat penilaian.Untuk mencapai tujuan ini,guru perlu menjalankan ujian kepada muridnya atau menyediakan borang penilaian atau menyoal murid secara rawak bagi menilai keseluruhan perancangannya. Dengan adanya penilaian,guru akan dapat mengesan kelemahan sama ada dari segi pengajaran atau pemilihan bahan tersebut,selain berusaha untuk mengatasi kelemahan tersebut.
Terima kasih atas perkongsian ilmu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete